quotes

"Love looks not with the eyes but with the mind....."

October 2, 2010

sakit yang kau tinggalkan

hampir sekian lama sunyi tanpa pertemuan... perhubungan yang kau cipta sunyi tanpa perkhabaran..aku menanti dengan penuh kesabaran.. tapi aku tak pasti sejauhmana kau akan terus mengeksploitasi kesemua kesempatan...

aku manusia yang kian sunyi tanpa keyakinan... menghitung detik menanti panggilan.. mendongak langit melihat kesuraman cahaya bulan.. akankah terus terjalinnya perhubungan atau tenggelam dek perbatasan yang kau mula hasilkan...

sakit ini hanya aku yang rasakan... segala janji yang kau taburkan jelas mengaburi benak ku yag penuh dengan kepercayaan... kau hancurkan hatiku yang penuh dengan emosi perasaan.. aku sendiri kau tinggalkan...

waktu dan detik ini ada benci aku tanamkan... sumpah seranah aku keluarkan... kau cukup mencabar diriku sebagai insan.. wanita yang lemah yang perlukan perlindungan... kau biarkan aku terkapai-kapai dengan setiap noda yang calitkan... kau tinggalkan aku sendirian.. sendiri... tanpa jawapan untuk setiap pertanyaan....

kau menghilang walaupun masih mampu aku kesan... setiap pengalaman dan detik bersamamu seolah satu perancangan... seolah untuk melepaskan bosan dan kesunyian... kubutakan hati dan mata.. ku tulikan pendengaran.. demi mu, segalanya ku cuba korbankan... kini.. segalanya tak ada penyudahan.. kau mendiamkan diri membiarkan ku berteka-teki dengan pelbagai pertanyaan..

apa salah ku??
kenapa aku kau perlakukan sebegitu??
tahukan engkau, kau bukanlah lelaki pertama membuatkan aku begitu??
tahukah engkau, kerna kau buat aku jadi manusia yang benci kepada kaummu??
tahukah engkau, kerna engkau setiaku bukan lagi satu??
tahukah engkau, hidup punya putaran waktu???
kau akan rasa setiap apa yang kau lakukan pada ku..

sakit yang kau tinggalkan.. duka yang kau berikan.. pengalaman yang kau selitkan.. kata manis yang kau ucapkan.. tak pernah luput dalam ingatan.. kau manusia yang punyai keinginan... kau manusia yang pinginkan perhatian.. kau manusia yang perlukan belaian dan sentuhan.. bila tiba waktu dan itu, Tuhan adil dalam menentukan.. tak kudoa untuk keburukan.. kerna aku juga insan hina pada pandangan_NYA sebagai Insan.. atas setiap penganiayaan yang kau berikan.. aku hanya berserah untuk_NYA menentukan... 

nekad aku bertiik tak kesudahan.. hatiku lembut bila kau menyapa kerinduan.. ku harap aku mampu kuat dan bertahan.. 
sakit yang kau tinggalkan.. kini bernanah menjadi kesan yang tak mungkin  bisa diubatkan..


di petik dari : ~~ Cerita Aku dan Dia ~~

No comments:

Post a Comment