hari ni, awal2 pagi lagi aku da bangun..besiap hantar najwa n aliff g sekolah, then pergi temankan along g wat fisioterapi sekaligus pergi membuat rawatan susulan keatas Buntutku.. ayo.. (ayat kurang enak disebut..)
rawatan along.. alhamdulillah berjalan seperti biasa... aku pulak? dapat sambungan MC sebanyak 2 hari.. macam tak best pulak hujung2 sem ni xg kelas.. apatah lagi kelas Eropah kesayangan aku...=( sedihnya..... tapi keadaan tak mengizinkan.. nak duduk pon xbetul.. xkan nak usong pelampong macam dalam cerita cinta stelleto tu kowt?? uih2.. malu2... huhuhuhu...
urm, sepanjang aku kat umah ni, aku berusaha menjadi seorang pendengar yang setia.. sedih dengan dugaan yang menimpa along.. ( bukan merungut, sebab aku percaya.. Tuhan xkan membebani hambanya melainkan dengan kemampuan hambanya..) so, aku yakin along lebih tabah dari aku.. walaupun aku tampak kesedihan terpancar di matanya.. siapa mengundang sakit bertandang??? along banyak meluah rasa pada aku.. sedih aku tengok keadaan dia.. dia kuat.. along aku memang kuat walaupun aku tahu, hati kecilnya merintih... sabar along.. kuat..kami semua ada untuk hang..
tadi, pertama kali umi menangis depan aku.. sedih dengan keadaan along.. mak mana tak susah hati?? "kenapa la Tuhan duga dia (along )? kenapa bukan aku?? " sedih aku dengar bicara ummi.. air mata umi tumpah... aku tersentap.. terkejut.. macam aku kata, keras2 umi, walaupun suka berleter.. dia tetap umi kami.. dia tetap seorang mak.. dia tetap risau!!! along masuk keta, umi terus diam.. umi pura2 tidur..
sepanjang perjalanan segala sakit perit dilempar tepi, bagi mengelakkan sebarang "kesensitivitian" hadir menyelubungi...pelbagai cerita menarik.. kisah silam dan cerita lawak dikeluarkan.. happy sangat.. well 3 wanita bergandingan bersama.. hehhee.. happy sangat... tapi dalam happy tu, aku xboleh pandang wajah along, aku sedih sangat.. walaupun dia tak pernah merungut, dan sentiasa redha.. tapi aku tak dapat terima.. aku tak tahu kenapa.. kenapa mesti pada dia?? kenapa bukan aku manusia yang tak pernah bersyukur ni???
sepanjang aku kat rumah... setiap hari, umi n abah bawa along kesana kemari.. berikhtiar dan berusaha.. balik kerja, ada sahaja tempat baru untuk bawa along pergi..aku tak nampak keletihan pada abah.. abah pon da tak macam dulu.. abah langsung tak tinggikan suara sepanjang aku kat umah..( ummi ja yang dok berleter... sakit tlinga weiiiiii.. hehhehe). abah banyak diam... banyak bagi semangat kat along..segalanya.. aku tengok kerisauan ada pada abah.. jelas... abah~ummi.. 2 insan yang sangat berharga dimuka bumi ni..
aku hanya mampu panjatkan doa, semoga along sihat seperti sediakala..sungguhpun aku anak n adik yang jahat, tapi aku tak sampai hati tengok kerisauan umi n abah.. aku tak boleh tengok setiap yang ditanggung along..
aku bangga dengan hang along.. hang kuat.. setiap hari, hang berusaha buat segalanya seperti biasa.. hang cuba berdepan dengan manusia2 walaupun aku tau ada tangis yang tersimpan..
abah.. tak dikira pelaburan yang dikeluarkan untuk anak2nya.. kesedihan dan kerisauan terpancar jelas dimatanya..dikuatkan diri walaupun pelbagai dugaan dan belenggu masalah yang melanda.. anak.. didahulukan tanda tanggungjawabnya tak pernah leka.. thanx abah...
ummi.. ada tangis dimatanya.. ada risau dalam nadanya..jerit pekik semuanya untuk masa depan anak yang dikandung 9 bulan lamanya.. buruk baik, kami semua anaknya..sakit anak2, menjadi keutamaannya, diusahakan dahulukan kami dan mengetepikan segala aktiviti hariannya...thanx Ummi..
semoga kami semua kuat.. Amin..
7 months ago
No comments:
Post a Comment