Terbaca aku kepada satu entry yang agak lucu bunyinya.. teringat pula kepada perkara2 yang telah berlalu walaupun masih belum lama.. kadang jelik dengan sikap dan tingkah laku manusia.. tapi masih terfikir bahawa tak mustahil juga ada manusia yang jelik dengan perilaku ku di muka dunia.. bukan ingin mengata atau mengutuk sesiapa tapi macam rasa geli hati melihat keletah mereka2.. baik didepan mengata2 di belakang.. walaupun hanya sebelah pihak yang terkena, ataupun kedua2 pihak sama juga perangainya.. Astaghfirullahalazim.. hanya pemerhatianku terhadap gelagat mereka sebenarnya.. kala baik indah pujian baik bicara.. kala geram.. unsur benci bernada bicara2 songsang dibelakangnya.. apa motif kalian semuanya??
Ntah la.. aku juga bukan manusia sempurna.. dulu mungkin aku jenis yang mudah terasa.. sedih situ sana.. tertouching terhiba tak semena2.. tapi kini aku rasakan itu semua mainan emosi semata2.. Alhamdulillah.. aku masih punya keluarga.. yang sayang aku sepenuhnya.. ada dia.. yang memberikan aku perhatian sebagai kekasihnya.. terima kasih aku ucapkan buat mereka..terutamanya buat keluargaku, yang slalu ku buang tepi dan hanya mencari bila masalah menimpa.. Maaafkan aku adanya..
kini. aku makin matang menilai sandiwara.. lihat manusia dalam menghargai diri kita.. kadang dicari, kadang dilupa.. semua itu satu pengajaran dan peringatan..buat aku untuk menilai siapa kawan untuk aku kenang sampai bila2..
aku teringat pula kala aku terpinggir saat aku memerlukan mereka.. aku hanya insan biasa..aku bukan cantik paras rupa.. aku bukan juga berpoket tebal untuk melaburkan segala2nya.. aku juga tidak mempunyai kenderaan berpacuan 4 roda untuk mengusung dan menjaga hati semua.. tapi aku akan lakukan apa yang termampu selagi aku mampu untuk melakukan segalanya demi persahabatan yang ku kira luhur dari hatiku adanya.. aku tidak pernah meletakkan mereka berstatus kau yang paling baik, kau yang paling aku sayang, dan kau lah segala2nya.. lucu dengan karenah aku sendiri yang membawa diri kerana terasa hati kononnya.. terasa tidak matang itu terserlah bila difikirkan semula.. hahaha.. ntah la.. kini, aku hanya ingin terus melihat apa yang ada.. aku tidak berniat mahu memperlekehkan mereka.. tapi aku masih terngiang2 setiap bait bicara yang pernah terpacul dari bibir mereka..
" mereka itu dan ini.. blablabla.." tapi kini huhahuha.. macam hipokrit aku rasa.. tapi mungkin mereka sudah berubah pula.. Alhamdulillah...aku turut bersyukur sama, cuma ntah.. masih aku tak boleh terima segala luah bicara mereka yang lama.. tak bersalahkah mereka dengan ungkapan2 dulu kala? biar mereka dengan Maha Pencipta.. Dia lebih adil.. aku hanya melihat sandiwara.. sama ada bersiri mahupun bermelankolik wataknya..
seperti yang aku katakan.. bukan niat mahu mempersoalkan sesiapa.. cuma turut ingin membetulkan diriku jua.. memperingati diri ku,. agar jangan cepat melatah dan mengata sesiapa takut kemudian hari bila berbaik lupa apa yang pernah dikata.. sebab aku sedar aku pon xsempurna, dan aku juga punya banyak kekurangan dalam hidup bermasyarakat dengan manusia.. kerna aku juga tidak sedar bila masa aku berbicara, kadang aku juga mengutuk mengata bila aku rasa ada yang tak kena..kerna kita manusia mudah alpa..
cukup sampai situ cuma.. huhuhuhu.. masih tersenyum dengan entri yang bisa mencuit hatiku sehingga menyebabkan tanganku lincah untuk menekan kekunci2 keyboard untuk meluah rasa..=)
biarkan mereka dengan cara hidup mereka.. dan aku dengan diriku jua.. asal kita semua bahagia..=) Titik.
7 months ago
No comments:
Post a Comment