assalamualikum. hehehe~ awal saya berblog hari ni~ selalunya, kala senja tenggelam baru saya akan memulakan taipan kata. tapi, xapa la. hari ni terasa ingin meluahkan emosi. emosi yang tak pasti.
aku?
manusia biasa. yang tak pernah sempurna. yang tak pernah lari dari lakukan kesilapan dan kesalahan. cuma aku tertanya semua manusia tak pernah buat salah? kita bukan Maksum. bukan Nabi yang tak pernah wujud salahnya. tapi kenapa kita sesama manusia harus hukum manusia lain?! apa hak kita?
apa keistimewaan kita?
yang punya kaki, tangan dan akal yang sama?! bezanya kita cuma kebijakan dalam menggunakan akal yang dah dikurniakan! kita tak hebat mana! xpernah ada kesempurnaan!
lelaki yang hadir dan pergi dalam hidup aku?! semuanya menginginkan kesempurnaan?! kesempurnaan bagaimana harus aku tonjolkan?! pedih?! sakit?! tak aku rasakan. aku dah lali dengan keinginan manusia yang bernama lelaki. yang tak pernah puas dalam setiap permainan yang dilakonkan. yang tak pernah menghargai nilai kasih dan sayang wanita yang memberikan! perlukan disalahkan wanita sekiranya curang selepas dicurangkan?! perlu dipertikai sejauhmana setia dan sayang berdasarkan memberikan maruah diri dan menggadaikan tubuh badan?! perlukah?! tak logik dek akal kerna itu adalah tuntutan nafsu untuk sekadar kepuasan bukan?! setelah kau miliki kau tinggalkan?! mencari mangsa baru untuk dijadikan bahan ejekan? mana tanggungjawab kalian dalam menjadi hero menyelamatkan kaum wanita yang jelas lemah dalam dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran?! itu lah lelaki kini yang tak menggunakan 9 akal yang dikurniakan?! tidakkah mereka menggunakan akal yang dikurniakan untuk menilai halal haram bersetubuh tanpa ikatan?! mereka terlalu bangga dan angkuh memiliki 9 akal sebagai pemberian. sekadar 1 nafsu untuk hiburan. diperlekehkan 9 nafsu wanita kerana penuh dengan emosi dan sifat kemeterialistikan. tapi tidakkah wanita juga yang dicari sebagai pemuas nafsu yang bersarang dalam kehidupan lelaki yang sentiasa menginginkan?!
setiap manusia mencari kesempurnaan untuk segala yang diinginkan. tapi adakah kesempurnaan yang didambakan?! wujudkah kesempurnaan tanpa sebarang silap dan pengalaman yang lepas dalam kehidupan?! pengalaman memberikan kita pengajaran! pengalaman dikatakan mematangkan lagi kehidupan dalam menempuhi segala cabaran dan godaan yang mendatang. kita bangkit berdasarkan pengalaman. kita bangkit berdasarkan kesilapan. kita perlu ingat. kita tak pernah wujud kesempurnaan!
ENGKAU BUKAN TUHAN. tak layak menghukum manusia lain berdasarkan pemikiran yang sah dibekalkan TUHAN untuk kau gunakan! kau tak layak membandingkan manusia lain. kerna engkau juga manusia ciptaan-NYA yang tak kan wujud jika tak ditiupkan roh untuk hidup dalam dunia yang serba serbi dengan dugaan dan cabaran! engkau hanya manusia biasa. sama seperti aku. bezanya kita adalah jantina yang diciptakan!
aku mencuba melupakan segala kesakitan yang kau berikan. segala duka yang kau tinggalkan. tapi aku percaya akan wujud lagi manusia yang mampu menerima aku seadanya tanpa melihat kepada kesempurnaan yang jelas aku tak miliki sepenuhnya. aku manusia biasa. penuh dengan kekurangan dan tak lari dari kesilapan.
kita hanya layak mencari kesempurnaan. tapi kita belum pasti dilihat sempurna melainkan kehendak-NYA menyatakan!
jauh sudah aku meluahkan rasa yang tersimpan. sampai cni dulu tinta kata yang aku coretkan. semoga tak ada manusia lagi yang bakal meilai kesempurnaan~ kerna kita semua tak pernah sempurna~
sekian dolu! bubye~ salam ;D
7 months ago
No comments:
Post a Comment