Assalamualikum…
Finally! I’m home.. hehehhee.. bak kata orang, Home Sweet Home la kan.. nge!!! Boleh jadi anak nakal yang sentiasa merengek mengharapkan ibunya memasak untuk disantap! Wah.. macam puteri raja plak dah! Kena masuk Program Puteri Impian ni.. rasa2, anak raja mana la nak kat aku yang pemalas nih?! Hehehe..
Hurm, puas hati aku! Mai nak cerita sikit.. hari ni aku punya la bersemangat nak balik kampong, bangun pagi wooo.. xdak rasa mengantuk nak tidoq balik pon.,. yang lagi besh, hari ni dalam sejarah kot, aku x tidur pun sepanjang perjalanan KL- Butterworth.. tekun dan tebeliak bijik mata dok tengok sambil ukur jalan.. hahaha.. Alhamdulillah. Perjalanan berjalan lancar..=)
Masa balik pagi tadi, aku naik bus Konsortium.. actually, kebiasaan aku hanya akan ada 2 choice untuk aku buat pilihan..Pertamanya Konsortium, keduanya Transnasional.. aku rasa yang 2 bus ini agak selamat untuk di naiki,, InsyaALLAH.. dan kebanyakannya memang aku naik Konsortium la, sebab bila aku balik dari Butterworth-KL, hanya Konsortium yang sediakan bus lewat malam.. pukul 1:30 pagi kot.. aku sampai KL pun dah subuh… masa pon xbanyak habis atas bus.. sepanjang perjalanan aku tidoq lah!
Hehehe.. aku paling pantang dan sangat bengang bila masa nak beli tiket bus tu, penjual tiket menipu! Apatah lagi dari kutu-kutu hantu yang bniaga tanpa kaunter ni..yang dekat kaunter pon kadang2 kurang hajar, apatah lagi yang kutu2 rayau nih! Lagi lah berganda kekurangan diajarnyakan!!! Sepasal lagi, aku sangat marah bila diaorang macam ndak layan xlayan kita.. u know, I’m customer.. n aku pon bekerja dengan customer.. so, beretika la skeytkan.. kalo xdak customer nih, gaji korang xmasuk aku rasa.. bukan aku nak kata yang semuanya customer tu betul, tapi kalau kena pada tempatnya dan memang customer tu betol, xkan korang nak tegakkan benang yang basahkan?! Mengalah je la, bak kata orang puteh.. Customer Always Right!
Nak dijadikan cerita pagi tadi, aku keluar rumah pukul 8, so sampai duta dalam 8:15 camtu la. Jalan sedikit jammed tapi Alhamdulillah masih terkawal… then aku g kaunter Trans, tapi tiket paling awal pukul 9:30 pagi.. malas lah aku nak tunggu.. kemudian, aku g dekat kaunter Konsortium.. tersenyum sikit aku bila tiket paling awal pukul 8:45 pagi.. aku siap sempat bersarapan lagi kot.. lepas tu, aku tunggu depan kaunter tu sebab dia cakap, bila bus sampai dia akan umumkan.. bus sampai lewat jugak skeyt, dalam 10 minit lewat camtu, aku xda hal.. boleh ja terima sebab waktu tu still jammed, kira alasan kukuh la kan.. xkan aku nak serbu hanya sebab lewat 10 minit?! Pakai akal la kan.. lepas dia umum bus sampai, aku terus g kat platform.. tapi, aku singgah jap kat toilet, bukan apa.. aku ni dikategorikan dalam manusia besiaq2 la jugak.. yang slalu dok suruh driver bus berhenti kat perhentian pon, aku la jugak muka xmalu dok p kuis2 dreba tu minx dia berhenti.. hehehe… elok sikit dari aku kencing ja dalam bus tu kan.. hehehe..
Then aku naik bus, dekat tiket tu tertera number tempat duduk aku 12, aku tengok bus da full.. yang ada 1 tempat duduk kosong dekat depan skali dan satu lagi dekat blakang skali ja.. masa tu collecter tiket bus still ada atas bus, so aku dengan masih bermuka manis bagitau la dia tempat duduk saya number 12, lepas tu dengan bahasa yang kurang sopannya dia cakap.. “ pegi ja duduk dekat belakang tu, awak pon dah datang lewat!” dengan tanpa rasa terkejut dan keberangan aku tanpa perlu dipresskan minyak terus memuncak ke tahap temper aku direct lepas dengan suara yang lantang menyebabkan satu bus pandang kat aku.. “kalau rasa nak suruh ja aku duduk mana2, jangan letak number tempat duduk la dekat tiket tu!” Muka budak tu seyes berubah.. dia diam ja.. aku terus bergerak duduk blakang.. aku pandang sampai dia turun dari bus.. dia sampai turun xberani pandang aku balik.. kurang hajar gila.. nak ja aku cakap, yang bus korang datang lambat aku xkecoh pun, aku lewat seminit 2 pon itu bahasa kau cakap dengan aku?! Sangat tidak beradap.. aku xda hal la kalo nak ubah tempat.. aku just takot tempat yang aku nak duduk suka2 tu dah ada pemilik.. nanti bawak masalah kat aku jugak nak kena berangkut bagai semata-mata nak ubah tempat! Ni dah kali ke-2 aku bgaduh dengan collecter tiket bus.. aku ni ada adab lagi la.. tapi aku hanya akan beradab dengan manusia yang ada adab dengan aku! Silap besar kot nak main2 kata dengan aku! Hahaha.. bangga diri sket dengan kegangsteran yang aku miliki! Bukan apa.. takot kena pijak kepala…
Tapi seyes, aku hanyak xgentar dan berani dengan manusia2 yang aku xkenali.. aku xkisah.. tapi aku jadi sangat daif dan rela mendiamkan diri dengan manusia2 yang aku kenali.. biar pon aku marah atau sakit hati.. sebab apa ek?! Menjaga hati atau penakut?! Ntah.. aku pon xpasti.. tapi yang pasti pada keadaan yang tadi, aku berada di kedudukan yang betul. N uncle yang duduk sebelah aku pon setuju dengan tindakan aku.. aku rasa if aku lewat pon, itu bukanlah satu alasan yang boleh menyebabkan tempat duduk aku diduduki oleh orang lain sebab dah tertera dekat tiket masing2 bahawa number tempat duduk adalah sekian2kan.. dengan bahasa yang “terlalu sopan” budak tu lagi.. dia xlayak bercakap macam tu dengan aku.. aiya.. mamat tu betoi2 spoilkan mood aku pagi2 lagi hari ni.. tapi da atas bus tu aku mampu mengawalnya.. hahaha.. ini lah Balqis yang sebenarnya..
1 day ago
No comments:
Post a Comment