quotes

"Love looks not with the eyes but with the mind....."

January 23, 2011

hancur hatiku~ 2 sebab.. mengapa?!

assalamualaikum... wah2.. hari ni nak wat entry lain dari yang lain skeyt.. boleh ke?! ahaks.. rerasa sama jew macam slalu2nye.. hehehe.. kita cuba.. xcuba manakan tahu mhasilnyekan.. jeng2!


entry ni semua muncul dalam benak aku disebabkan kes Kotak semalam.. rosek punya rosek.. belek punya belek.. semua mengimbaukan kembali aku pada perkara lama yang dah berlalu.. mengingatkan aku pada kenangan yang aku ciptakan dulu.. membuatkan aku menangis merasa bersalah pada orang2 tertentu.. dan buatkan aku sedih memilih orang yang salah dalam hidup aku..


tapi semua tu benda2 yang dah berlalu..cuma, kenangan dan memori bukan mudah dibuang dan dicampak untuk dilupakan terus begitu.. sedikit sebanyak akan terpahat kekal mengikut anjakan waktu...




cinta monyet?! pernah korang alaminya dulu? zaman itu cukup mencuit hatiku.. zaman muda remaja yang penuh dengan rasa ingin tahu.. ingin mencuba sesuatu yang baru.. segalanya.. penuh dengan memori yang jelas menampakkan ketidakmatangan.. Bagi pandangan aku! =)


dulu.. zaman remajaku.. penuh dengan percubaan yang menyesakkan hati kedua orang tua ku.. menceburi dalam bidang cinta monyet merupakan salah satu daripada aktiviti aku! hahaha.. lucu mengimbau kembali segala kenangan2 lalu.. tak sangka aku penah melalui zaman-zaman itu!


pernah korang rasakan cinta pertama wujud? pernah dalam hidupku.. kini dibawa angin bayu.. berlalu pergi meninggalkan memori indah yang hanya kami berdua yang tahu... Dia dan Aku..


dia cinta pertamaku.. muncul kala usiaku mencecah angka 17tahun dahulu.. masa ni cinta jarak jauh kowt! ditakdirkan pulak dapat sambung belajar dekat tempat aku.. macam tak percaya.. cinta yang jauh kini bersatu! nge~ masa bergerak dengan pantas melangkaui waktu.. segalanya musnah kala cinta monyetku kembali mengetuk pintu hatiku.. aku curang meninggalkan lelaki yang banyak memberi semangat dalam hidupku.. dan kini aku berjaya sebenarnya adalah salah satu impian yang telah kami berdua impikan dulu.. ingin sama berjaya.. mengecapi bahagia dengan kejayaan yang dimiliki bersama....=) pernah korang dengar cinta pertama sukar dilupakan?! inilah cinta pertama aku..=)


korang tengok bebetul gambar ni... 1st tengok apa korang akan bayangkan?! hurm..


FRUST?! sape xpernah frust?! cube angkat idung! hehehe.. mustahil la.. budak kecik pon akan pernah rasa frust,.. apatah lagi masa diaorang nak sangat minum susu ibu tetiba ibu busy memasak, terpaksa bagi susu botool.. cuma budak2kan.. xtahu macam mana nak tunjukkan rasa frust tu.. yang diaorang tahu cuma keriau! hehee..


frust! kecewa! disappointed.. semuanya membawa maksud yang sama.. yang menbezakannya adalah bagaimana seseorang itu mengalaminya.. hanya dengan 2 sebab utama.. mengecewakan dan dikecewakan.. itu sahaja..






dalam hidup aku...
aku pernah mengecewakan lelaki yang begitu menyayangi diriku..
dan..
aku dikecewakan oleh lelaki yang  teramat aku sayangi dulu..


aku mengecewakan lelaki yang terlalu menyayangi aku.. membahagiakan aku dengan setiap kehendak dan keinginan yang aku mahukan dulu.. mencuba sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk terus bersama aku.. namun, aku mengecewakannya hanya kerana lelaki yang pernah muncul sebagai cinta monyet zaman persekolahan aku.. mudah berjumpa, mudah menghabiskan masa bersamaku membuatkan aku bosan dengan lelaki yang terlalu sibuk dengan zaman Universitinya dulu.. aku menyakitkan hatinya dengan mencuranginya bersama lelaki yang hanya boleh menghabiskan masa bersama aku.. kejinya aku kerna memilih jalan itu. akhirnya aku dikecewakan kerana lelaki yang sama turut tidak memahami zaman pembelajaranku.. menyakitkan hatiku sama seperti aku menyakiti lelaki yang terlalu menyayangi aku..
korang percayakan.. TUHAN akan membalas kembali setiap apa yang kita lakukan.. dan aku telah mendapatkan kembali semua itu..aku dikecewakan.. sama seperti aku mengecewakan lelaki itu! sakit aku rasakan, lebih sakit dari sakit yang aku berikan buat lelaki yang terlalu menyayangiku itu!






akhirnya.. ini yang terjadi pada aku! ='( hwahwahwa~ 


ini pulak?!
ini ayat orang yang kecewa.. maybe dikecewakan atau terkecewa.. ( apa beza dikecewakan dengan terkecewa ek?!) apa2 je lah...


so the fact is.. sayangilah orang yang betul2 menyayangi diri anda.. dan janganlah kecewakan mereka.. kerna tak mungkin anda juga bakal dikecewakan kemudiannya! renung2kan~ =)






cuba korang playlan then layan~ huhuhu.. betol2 tertouching aku ngan instrument nih~




nge~ sampai cni saja.. hehehe.. apa yang lain nye ekh dengan entry nih?! hihihihi.. Lu pk la sendirik! aiyak.. salam~

1 comment: