quotes

"Love looks not with the eyes but with the mind....."

January 14, 2011

kerana KASUT itu!!!

Assalamualikum...

hehehe.. cerita apa plak la aku nak gebang hari ni ek?! alahai.. xada la menarik sangat.. cuma aku pelik... sejak 2 hari ni, kenapa la ramai sangat artis nak jumpa aku.. hurm, nak offer aku jadi secretary diaorang ke? alahai abang2.. kakak2.. saya bloom grad lagi.. nanti saya da grad offer la lagi ek.. hehehe.. ape ar aku ni.. kebetulan jew...

hari ni penuh dengan aktiviti.. niat dihati nak tengok wayang lagi.. tapi tu la.. timer tayangan tu semacam jek.. xberbaloi nak menunggu.. hahaha.. so, buat aktiviti yang lain dari yang lain la pulakkan.. xsalahkan kalo berubah angin.. hehehe... tapi besh gak!!

alahai... tentatif program aku hari ni, bangun pagi pkol 10 lebih lepas tu keluar g menyerikan Baby PJE.. lepas tu pulak pergi manjakan rambut aku.. lalalla.... sekali sekala.. xpe kotkan?! berbaloi rasenye! untuk diri sendiri dan keperluan.. huhuhu..

selepas solat Jumaat, keluar lagik! kali ni g Mid valley jew.. huhuhu.. macam dikata.. niat nak tengok wayang.. tapi, xjadi.. so, tak tengok jugak la aku Gullivers Travels tu.. xpe la.. download je k.. =) kat Mid tu, beli Tracksuit yang konon2nya nak g Kem tu la.. tapi disebabkan diaorang inform da lambat.. da xda nafsu aku nak g.. da malas da.. xminat da la katakan.. hari ni nak pergi, baru semalam comfirmkan?! ape kes?! xberkesan langsung pengurusankan?! aku yang offer diri nak pergi pon memang layak tarik diri... xda preparation.. cuba kalau bagi tahu awal2.. mesti aku da preparekan.. cuti kerja pon da minx.. so, teruskan je la cuti tu.. buat menda lainkan..=) InsyaALLAH.. hope x melagha saje..

lepas membeli tracksuit tu, al biasalah.. lepak2, makan2... makan Aunty Anne's.. hihihhi.. suke aku orang belanja...kahkah.. so, sambil makan2 tu, plaining nak main badminton.. tapi.. badminton yang aku bawak dari 1st year tu da hilang..=( so, xjadi la.. niat nak bercerekarama kat Tasik Titiwangsa atau Taman Tasik Perdana.. hehehe... pastu, dia suggest nak Jogging lak! aiyak.. terkejut aku... so, aku pon setuju...

sebelum balik dia ajak aku g kat Sport Leisure Store tu..ingatkan nak buat apa.. rupanya nak beli kasut.. kasut sukan dia da xbagus katanya.. so, carik la yang baru.. aku jenguk2 la jugak.. then dia cakap, angkat la satu.. hehehe.. aku apa lagi.. dengan terujanya, angkat la satu.. kami angkat brand yang sama.. kaler je lain2.. dia amik biru.. aku amik greenlah! warna hati la katakan.. hehehe... lepas membeli tu kami chao!

petangnya janji nak out pkol 5 la konun.. huh.. dekat pukul 6 gak baru bertolak ha... Alhamdulillah la, cuaca pon memberansangkan..=) so, setibanya kami kat Tasik Titiwangsa tu, kami nampak ada penggambaran.. rupanya Fahrin Ahmad ngan Actress mana ntah.. hehehe.. tapi, kami masih meneruskan aktiviti riadah kami.. jeng2..

Fack about Him..

Ye, aku tau ramai orang suka mengata dia, sebab dia besar.. tapi untuk pengetahuan korang2, walaupun dia besar, tapi dia sihat.. InsyaALLAH.. dia jugak seorang yang agak aktif dalam bersukan, sukan bola sepak.. cuma, xda la sehebat Safee sali yang aku minat tu.. masa kami Jogging tadi.. aku dapat lihat keaktifannya sehinggalah aku ketinggalan di belakang.. yang pasti 2 round gak lah dia pusing.. aku seround saja.. tu pun banyak berjalan.. hehehe.. memalukan! tu pon dia nak pusing lagi, tapi sebab hari da nak malam.. so, kami amik keputusan untuk beralah lah.. huhuhu..

lepas tu, dia wat regangan then aku bertemu bertentang mata dengan Fahrin.. hahaha.. siap bergambar bersama kowt! kikikiki... comel mamat tu.. xsumbunk.. ramai orang cakap artis sumbunk2.. tapi kena ingat la.. diaorang pon manusia biasa.. nakkan privacy! tapi tadi, nampak la keletihan kat muka dia.. masa bergambar ngan aku tu, dia masih tersenyum.. cayalah kau bro! =) sorry la.. gambar aku bersama dia xdapat di'upload'kan.. cukup semata2 untuk tatapan mata kasar aku sahaja.. agak censored.. nge!

sebab da penat berjoging! perut pon rasa lapar.. then kami singgah lah makan kat kedai Char Kuey Teow SANY tu.... situ memang meletop kau! sedap.. aku suka.. kalo dengan along pon, aku gi situ.. huhuhu..terokkan.. lari xtera mana pon aku ni ha.. makan je lebih...kahkahkah.. alah.. riadah2 biasa jew.. hihihihi.... malunye! akibat hujan lebat dengan kilat sabung menyabung tuh, kami terkandas kat kedai makan tu agak lama la jugak! hampir 2 jam kowt! aiyak.. buang masa ja.. cuma, safety kat kedai tu agak kureng ar! aku xsetuju tol.. hurm.. biar ah.. jangan esok Sudah Terhantuk Baru Nak Terngadah.. kalo x, apa pon xboleyh! hurm...

masa makan2 tu, jumpa plak Ahmad Durrah ( Rusdi ramli) hahaha.. sebab tu la aku cakap.. napa la ramai sangat artis nak jumpa aku.. kikiki.. bukan hebat sangat pon dapat bertemu ngan artis2 ni.. cuma saja nak wat gimik n tambahkan penceritaan untuk blog aku.. dah nak terjumpakan.. jumpa je la.. hehehe..=P

bermandi Peluh sudah.. bermandi hujan pon sudah... akhirnya, kami pon pulang.. hehehe.. yang beshnye! kasut tu siap dibalut dengan Plastik kot.. takot basah.. benda baru la katakan.. kahkahkah.. Good2 jew kan! hahaha..ape2 je lah.. ini saja untuk hari ni..ngeh2x

p/s.. cerita untuk tajuk tu xbanyak mana pown.. tapi kerna kisah tajuk itu la, moment indah tercipta antara kami hari  ni... banyak masa di luangkan bersama.. Alhamdulillah.. bukan kearah yang negatif..=)
doakn kami bahagia yea..=) insyaALLAH.. kalau ada jodoh, xakan kemana.. ;D

No comments:

Post a Comment