quotes

"Love looks not with the eyes but with the mind....."

February 1, 2011

Episod Tragis~ =(

Assalamualaikum...

xada pembuka kata.. cuma yang ada rasa ingin terus bercerita..
hari ni, aku macam biasa.. bangun petang sebab letih semalaman bekerja..
bangun petang melepak depan TV, bermula satu episod baru yang aku xduga..
Thanx sebab sudi menegur aku yang ego gila! aku akui, aku memang agak pendendam dan apa yang berlaku, aku akan kumpul sampai buat segalanya lebih complicated sampai tak ada siapa mampu baca..

Thanx sebab menegur aku, sebab teguran itu buat aku fikir kelemahan yang sebenarnya aku xpernah rasa..
Thanx sebab menegur, kerna aku xtahu bagaimana mahu aku mula...dan aku akui Ego aku membatasi segala2nya..

sekian lama xmenangis kerna perkara berkaitan kawan mahupun cinta.. hari ini, aku kalah mengeraskan hati yang telah lama aku kawal rasa.. Thanx sebab masih merasakan kewujudan aku ada.. aku xberniat mahu menyakiti hati sesiapa.. kadang aku xsedar kerna bagi aku semua yang aku lakukan betul saja.. dan itu kelemahan aku yang nyata..

Thanx sebab buatkan aku menangis meluah rasa.. bagiku peluang meluahkan segala yang terbuku didalam dada.. aku akui aku banyak berprasangka.. kerna aku kesorangan, tiada tempat untuk bercerita.. kerna itu juga aku membawa diri bersendirian kerna bagiku itu yang terbaik cuma.. teguran itu cukup membuatkan egoku runtuh xsemena2.. dan aku xpernah mengakui bahawa yang betul itu sentiasa milikku cuma.. tapi bila tadi terjadi, ternyata aku tak tahu unuk mulakan bagaimana..

aku minta maaf atas salah dan silap yang aku cipta.. emosi yang mengelilingiku, buatkan aku jadi manusia yang sekeras dan seteruk-teruk manusia.. dan sebenarnya aku sedar akan perkara yang sama.. cuma aku memang tak tahu, bagaimana harus aku mula..

Thanx.. ungkitan kisah lama cukup buat aku menangis mengimbau bagaimana detik susah senang kita bersama.. cuma sikap terasa dan sensitif diriku, buat aku membawa diri jauh dari kalian semua.. sedangkan aku sendiri busy dengan kehidupan yang aku sendiri cipta.. aku xharap boleh bersama seperti dahulu kala.. kerna aku sendiri yang mencipta jurang antara kita semua.. aku juga tak minta kalian memahami apa aku rasa.. cuma, Thanx sebab menegur aku kerna aku xkan kekok lagi untuk menegur kalian seperti biasa..

Sekali lagi, Maafkan Aku andai buat kalian tidak selesa..

Maafkan aku manusia yang tak pernah lari dari melakukan silap dan salah.. kerna aku manusia biasa..
THANX..

No comments:

Post a Comment