quotes

"Love looks not with the eyes but with the mind....."

October 15, 2011

Memories~

" jodoh kita mungkin hanya setakat itu saja.. kenangan kita mungkin satu pengalaman yang kita tak duga.. tapi segalanya memberi kita peluang untuk mengenal rentak dunia.. dalam mengenali manusia.. "

sedikit lega menghantar ucapan Terima Kasih buatnya.. tiada niat untuk aku menganggu kebahagian yang dah dikecapinya.. cuma ingin menenangkan segala konflik jiwa yang aku rasa... bukan niat untuk membuatkan dirinya tak selesa tapi sekadar ingin memberitahunya, aku menyesal atas segalanya.. walaupun segalanya tak mungkin akan merubah apa-apa..

tiada niat untuk aku menyakiti lagi hatinya.. aku harap itulah penutup buat segalanya.. aku perlu lebih kuat menempuhi segalanya..

Mencari lelaki yang direstui ibu bapa tak semudah mencari  sayuran segar di pasaraya.. jelas lelaki itu terlalu hebat di mata mereka.... akulah manusia yang terlalu rugi melepaskan segalanya begitu sahaja.. kerana ego manusia.. kerana terlalu kejarkan perhatian dan terlalu menginginkan layanan penuh tanpa diabaikan seminit masa.

InsyaAllah.. aku akan lebih kuat menempuhi segalanya.. semoga kau bahagia di samping dia. semoga segalanya baik2 saja..   

No comments:

Post a Comment