quotes

"Love looks not with the eyes but with the mind....."

Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

December 1, 2010

perkara biasa dah~

assalamualaikum dan selamat petang!

saya menulis bukan untuk mengata atau mengaibkan sesiapa~ apa yang saya tulis adalah lahir dari hati nurani saya yang juga memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan. semua boleh baca. tapi tak ada hak untuk judge apa yang saya rasa. sebab kalian tak mengalaminya. dan saya menulis kerana ini adalah blog saya! =)

hari ni da xde intro~ cuma nak bercerita lanjut je~


xda apa la yang besh sangat cuma tersenyum dengan apa yang aku dengar~ dan apa yang aku perhatikan~ huhuhu.. thanx. sekali lagi saya tekankan. saya tak ingin menafikan kawan atau mematikan kawan~ saya juga tak pernah nak buang kawan. ketepikan tu memang ada la~ sebab saya pon pernah diketepikan. apa saya buat adalah jalan hidup saya~  saya cuma berdiam. kalo rasa nak buang semua memori indah silekan~ saya sesekali pon xpernah menghalang. saya pon bukan manusia sempurna~ saya juga tak meminta untuk diingati atau dikenangi~ kalo dirasakan saya tak layak untuk dijadikan memori. boleh remove. boley delete. boley buat apa saja~ saya tak akan kisah~Alhamdulillah mungkin kekuatan kali ni lebih jitu~ Tuhan masih sayangkan saya dan kekuatan itu disalurkan buat saya. Thanx Ya ALLAH~ ( walaupun dari aspek lain aku masih Lemah sebagai hamba-MU. moga masih ada peluang untuk ku. Amin)


sO, saya langsung tak terasa. sudah2 lah. bukan tak biasa. hari ini mengata2. esok2 baik2. yang dulu dikata2, hari ini dicanang dan dipuji bagai nak gila..huhuhu~ saya minx maaf lah~ tapi thanx lah untuk semua2 yea.. kalian takkan rugi untuk xada kawan seperti saya. sungguh! saya sedikit pun x sentap mahupun meratapi segala keterasaan seperti dahulu2 kala~ segala pengalaman da cukup mematangkan saya~ dah tak lama da~ lepas ni da tak payah ceritakan segala ketakselesaan pada orang lain. seyes~ saya tak detik pon rasa benci pada kalian~teruskan andai itu boleh memberi kebahagiaan.. huhuhu~


pengalaman : kadang kita kena ingat~ sebaik mana pon kita dengan sesiapa, sekali salah.. segala kutuk hina dikeluarkan. secuba manapun kita mempertahankan kawan kita~ mungkin hanya 1 dalam sejuta yang akan berkekalan.
saya hargai segala jasa baik dan bantuan2 yang pernah dihulurkan. =)


saya kenal kalian bukan untuk dijadikan musuh buat masa hadapan~ cuma perubahan dalam pergaulan mungkin menyebabkan kita berubah haluan. masing2 punya rasa yang tersendiri~ begitu juga saya~ kadang kita tak merasa apa yang orang lain rasa~ so, kita tak perlu meminta orang lain merasa apa yang kita rasa. dan saya tak minta~


selesai sudah! saya titik disini yea. =)

ha~ hari ni bersembang dengan seseorang tadi. terbit isu cemburu dan dengki?! cemburu? dengki?  apa yea?! menurut kamus dewan edisi ke-4, Cemburu itu ialah : iri hati ; kurang percaya atau syak wasangka ; hati-hati atau berjaga-jaga. =). manakala Dengki pula ialah : kebencian ; kerana perasaan cemburu yang amat sangat, niat jahat yang terpendam pada seseorang ( disebabkan perasaan iri hati ); menaruh perasaan benci kepada seseorang kerana cemburu atau iri hati yang amat sangat.=P

pengertian dengki menurut Islam

Sifat dengki membawa maksud suatu sifat hati yang buruk dan keji yang mana seseorang itu berhasrat atau berharap atau bercita-cita supaya sesuatu nikmat atau kejayaan yang diperolehi oleh orang lain akan lenyap, samada dalam masa terdekat atau lambat. Antara lain juga seseorang yang mempunyai perasaan dengki atau iri hati tersebut berharap nikmat dan kejayaan yang dicapai oleh orang lain akan berpindah atau ia yang memperolehinya atau mereka sama-sama tidak memperolehinya. Contohnya : dari sudut harta benda, pangkat dan peluang pekerjaan.

So, kalo menurut Islam, terdapat beberapa cemburu dan dengki yang diharuskan. antaranya ialah :
  1. berlumba-lumba dalam melakukan amal kebajikan.
  2. berlumba-lumba dalam menuntut ilmu.
so, aku mmg dengki pada orang2 yang pandai dan bijak2 belaka. so xsalahkan?! sebab dengki itu diharuskan. tapi, aku xpernah minx untuk kelingkupana mereka.so, fikir dulu kalo nak mendengki.( perkara ini turut untuk memperingati diri ini.. hehehe)
Semoga kita sama2 berjaya k.=)


hush~ 2 more paper! semoga baik2 saja. takot wei. esok paper genting gak. huhuhu~ then ada lagi 4 hari gab untuk paper yang lagi menggentingkan. semoga kami semua lulus dengan cemerlang. Amin.=)

sampai sini dulu yea. thanx pengubat hati dan luka laraku.=P owh my blogie. hehehe.

November 27, 2010

hari ini dalam sejarah~

assalamualaikum?? jawab. tak jawab berdose. hehehe..

wallah~ mentang2 la amik course sejarah, ada penceritaan hari ini dalam sejarah pulak yea. hehehe.. akibat xdak duet + masalah lappy, so aku stay umah ja. hehhee.. ye ke hari ini dalam sejarah? alah~ dulu2 pon penah aih dok umah sari xkeluaq p mana. bukan sekali ja. bekali2 da kowt. cuma hari ni trajis skeyt la. sebab susah nak on9 disebabkan baby blue maragam kira sejarahnya : aku rajin study sejarah! hahaa.. Alhamdulillah. boley la ciput2 input untuk dibekalkan ke medan exam. tu pon kalo soalan yang aku target tu naik. huhuhu. InsyaALLAh~ semoga IYA hendaknya..=)

actually xda la yang menarik apa sangat pown. cuma kebosanan melanda, n mendapat tajaan dari TENDA untuk on9, aku ringankan tangan ni untuk menekan kekunci board untuk bercerita. huhuhu~ walaupon xda sapa baca, aku nak cerita jugak! hehhe..

aku xdak la ramai follower or mengharapkan ramai orang follow blog aku. sebab pada aku, menulis dalam blogie ni sekadar hobi semata2. aku plak bukannya share input2 penting or akademik sangatpon mcm ariffshah yang aku sangat minat tu. hehehe. =0.. jangan salah anggap. aku minat penulisan dia dan negara yang dijejakinya kini.♥Rusia♥...Sorry Mr arif, termuatkan En dalam entry saya pulak.=)
ok berbalik pada topik asal, aku cuma suka menulis. menulis mengenai diri aku dan cerita2 aku saja. tak kira la apa yang aku rasa, apa yang aku nilai semua aku tulis. sebab? ntah. mayb aku anggap blogie ni ( aku punya site, so hak aku ) sebagai tempat untuk meluah perasaan or bercerita. kadang tak semua kita boley sharekan dgn manusiakan.. so, aku sharekan kat cni. hehehe. lain orang, lain pandangannya, so apa pandangan kau-kau orang? =P

oke. xda menda pown sebenarnya. cuma tadi aku ada buka blog bikash nur idris. terbaca sinopsis untuk novel remaja terbaru dia. sedikit menyeru aku untuk meluahkan something sebenarnya. huhuhu~

"Bila bersedih, bila bermasalah, bila perlukan seseorang… kawanlah yang kita akan cari. Kawan akan faham. Kawan akan tenangkan. Kawan akan ada di sisi. Masa tu… awak akan sangat perlukan kawan. Awak kena rasa sesuatu, sebagai kawan, untuk buat apa saja yang perlu untuk kawan tu. Rasa tu… kena ada.”


Sebenarnya tak ada apa2 perasaan pon. hahaha. keras atau mengeraskan hati sendiri?! aku x berminat langsung nak berstory pasal isu ni sebenarnya. sbb pada aku isu ni da lama mati~ cuma sinopsis ni benar2 menarik aku untuk meluahkan isi hati.=)
aku pernah jadi kawan yang baik walaupun xada orang yang nampak aku ni kawan yang baik. aku juga pernah cuba jadi kawan yang terbaik walaupun kadang aku da buat apa saja untuk jadi yang terbaik. bukan untuk dibanggakan atau untuk diagungkan. tapi cukup untuk sekadar di ingati sebagai kawan sampai bila2. aku pernah jadi kawan untuk saat kegembiraan dan aku juga pernah jadi kawan untuk disaat diperlukan dalam kesusahan. aku juga dikelilingi oleh kawan yang menggembirakan dan membantu disaat aku kesusahan. aku hargai segala jasa mereka. thanx ya.=)

aku suka berkawan sebenarnya, tapi kadang ada kekurangan dari diri sendiri yang aku sendiri xsuka n orang lain pon belum tentu suka. so, aku judge diri aku sendiri. dengan perasaan aku sendiri. so, aku xkan blame org lain. kalo org nak blame aku itu hak depa~( penang kluaq dah!) mungkin aku tak layak dijadikan kawan kowt. jawapan yang ringas mungkin jelas dan nyata.
masa berubah mengikut keadaan. actually, dgn reaksi dan tindakan aku sebenarnya macam penting diri or buat orang lain terasa hati. tapi biarlah. sbb tindakan aku xmerugikan sesapa. cuma mungkin merubah pandangan dan memori yang pernah tercipta. pada aku apa aku buat hanya benda biasa. aku tak bermusuh dengan sesiapa n tak berniat nak mencari musuh dunia. cuma, kadang manusia berubah mengikut masa. dan itu perubahan yang aku alami aku rasa. 

aku minx maaf buat sesiapa sahaja. aku xpernah matikan kawan atau menafikan kewujudan mereka2~ sedangkan aku juga hidup dengan bantuan dan persahabatan dari bangku sekolah hingga kini yang aku rasa~ aku juga tak pernah luputkan jasa dan kebaikan yang pernah diberikan.cuma kadang, ada masa dan perkara yang merubahkan segalanya. berdiam diri cara yang aku bawa. itu saja. aku tak kisah dengan kata2 atau perkara yang sudah menjadi kata2. sorry kalo aku menyebabkan ketidakselesaan pada orang lain di luar sana. =)

" Sometimes, it is good to be alone... but that doen't make us lonely."

so, titik. =)

xda la isu besar mana. cuma aku menceritakan diri aku dari sinopsis yang ada. huhuhu~ masing2 punya situasi, masing2 punya penceritaan k.. sebenarnya tak sabar nak tunggu novel tu. aku kan peminat bikash nur idris. hehhee. awak mesti bangga ada peminat macam saya. percaya la, sebab saya akan berusaha dapatkan apa saja novel awak. hehehe..

ok, kebosonan da tamat sebab idea pon da tak dak. mereban ja banyak! so, jom terus main perasaan dengan nota2.

gud lux semua. khas dari saya.. ♥



October 20, 2010

kembali kemedan ini

semalam naik bus pukul 1:30 dan telah tiba ke rumah bujang ku pada kira pukul 6:30 pagi...
hurm.. dah kembali ke sini.. banyak benda yang harus di perjuangkan.. banayak masa yang harus dikorbankan.. banyak yang perlu diselesaikan..risau pula..
alhamdulillah.. sakit sudah semakin pulih.. rasa syukur kerana kian baik.. duduk da semakin melekap ke permukaan.. cuma sikap hati2 itu masih ada.. biasa lah aku.. risau luka lama berdarah kembali.. hehehe
urm, da nak dekat exam pon.. makin risau dan sangat takut.. semoga urusanku dipermudahkan.. Amin..=)


rasa nak balik lagi kekampung.. nak bersama dengan along n ummi.. banyak beda dikongsikan bersama.... huhuhu.. kalo time la, nga lepak2 bilik along sambil berniarap.. kacau najwa study.. hahaha.. jahatnya aku..
semoga adik aku lulus cemerlang untuk final examnya..always pray 4 her..=)


aku pulak macam biasa... hidup dengan maggi sahaja.. biasa la orang bujang.. sebenarnya seb budget yang ada.. hahaha.. nak sangat tengok wayang.. teringin benar..ada sapa2 nak tolong belanjakan??hehehe=p


so, sampai sini dulu.. tenta keybord ini ku tekan2.. so, akan ku sambung semula bila masa adanya cerita.. hehehe..




doakan aku cepat sembuh..doakan aku jangan jadi pemals.. doakan aku yang baik2.. aku nak jadi manusia..


last word.. love u Abah n Ummi.. sayang along, najwa n alip gak.. walaupon alip da makin xdengar cakap skung.. nyampah aku!! hehehe..=)


chaowwwwwwwwwwww..=P