quotes

"Love looks not with the eyes but with the mind....."

October 9, 2010

aku manusia biasa..

aku..seperti aku yang sedia ada.. sentiasa berubah mengikut angin yang aku cipta.. tak lari dari mengejar dunia.. tak lepas dari melakukan dosa..
dosa mata  melihat segala yang tak sepatutnya..dosa mulut dengan mengutuk mengata dan bercakap perkara yang bukan-bukan pula..dosa perbuatan melakukan itu dan ini sah2 bertentangan dengan Agama yang melarangnya...


aku.. seperti sedia kala.. menjadikan medan ini sebagai seni menghasilkan buah bicara.. menulis cerita suka dan duka.. menilai diriku yang xpernah sempurna..tapi, berubah xjuga-juga.. huhuhu...ondaway untu menghasilkan perubahan sebenarnya..=)


aku.. manusia yang diciptakan untuk menjadi insan yang berguna.. yang patuh pada arahan ibu dan bapanya.. yang patut mempertahankan agamanya..yang dikurniakan akal untuk menilai baik buruknya.. tapi aku??? mengapa menjadi manusia durjana?? 


aku.. dilahirkan oleh insan yang ku gelar Ummi di dunia.. dididik sebaiknya menjadi insan yang berguna.. dikurniakan seorang abah yang tegas sikapnya.. mendidikku dengan ajaran ilmu agama.. namun aku sering menyalahkan mereka.. mengongkong diriku seolah membuatkan aku hidup dalam penjara..mengawal setiap gerak geriku.. membuatkan aku memberontak dan melakukan perkara yang bertentangan dengan setiap ilmu yang aku timba.. tapi tidakkah aku sedar bahawa itulah yang membentukku menjadi manusia yang bahagia???


aku bukan anak yang sentiasa membanggakan ibu bapanya.. bukan anak yang pernah bersyukur dengan setiap apa yang ada..aku tak pandai menyatakan kebaikan mereka.. melainkan sentiasa menyalahkan mereka sahaja.. hinanya aku sebagai anak yang tak mengenang jasa..


aku sedar aku sentiasa bertentangan dengan mereka.. aku tidak mahu sekadar berbicara menyatakan ilmu agama sedangkan aku sendiri manusia yang tak lengkap dalam melakukan suruhan-NYA..apatah lagi untuk memalukan Umi dan Abahku yang sudah penat mendidikku menjadi manusia yang berguna.. tapi aku lalai dan alpa juga!!!


kini apa yang aku perolehi dengan mengabaikan segala didikan mereka??
segala yang berlalu memperlihatkan kebodohan ku yang nyata..aku anak yang derhaka.. kini aku menyesal atas segalanya.. menyalahkan mereka.. mengabaikan segala arahan-NYa..
tapi aku berusaha mengubahnya.. INSYA'ALLAH dengan bantuan-NYA..


aku sudah dewasa.. boleh berfikir apa yang baik dan apa yang buruknya.. aku ingin membalas segala jasa mereka.. aku ingin buktikan bahawa aku juga anak yang berguna..=)
wish me lux untuk mengubah segalanya.. 


sekarang aku cuma ada~ ABAH, UMMI, ALONG, NAJWA & ALIFF untuk segalanya.. heart dem olwayz..=)


No comments:

Post a Comment