hari ni kisah kawan aku.. yang xpernah duduk sebumbung dengan aku.. tapi sentiasa ada dalam hati aku..hari ni kisah tentang dia.. bukan untuk memburukkan dia, tapi untuk korang semua tahu bukan nawaitunya untuk membuatkan dirinya dipandang serong xsemen-mena..
AKU SAYANG DIA..sebab DIA kawan aku!!!
hari ni, aku ada presentation untuk kelas sejarah Awal Jepun.. tapi disebabkan masalah yang sering kali aku lakukan.. bangun tido balik, so aku bangun lambat!! bukan sekali lagi.. da berkali da~~ tapi Alhamdulillah aku sempat pegi present walaupun untuk soalan presentation tu sampai 4 orang bentang, n masing2 nak bentang ikot kepandaian masing2~~ sorang budak tu je la.. geram gak aku.. xbagi ruang org lain langsung, kalo bole dia ja nak bentang semua!! eh.. ni cerita aku.. aku nak cita pasal kawan aku..
kawan aku.. dia seorang yang lantang.. berani bersuara.. independent.. n aku tau dalam diri dia ada satu emosi yang tak semua orang boleh mendalaminya... biar apa org cakap pasal dia.. tapi aku kenal dia.. walaupun jangka waktu perkenalan kami belum cecah usia bertahun lamanya...
ada satu post yang ditonjolkan..mungkin padanya hanya sekadar menyuarakan pendapat semata-mata..tapi SALAH tempatnya.. aku percaya tak ada niat lain yang ingin dimaksudkannya.. cuma, penilaian orang lain memburukkan situasi dan dirinya..
aku bukan membela atau bias kerna dia kawanku.. tapi aku melihat dari sudut dan pandangan logik timbal balik dari komen dan melalui dirinya sendiri.. apa yang cuba dia terangkan padaku xsama dengan apa yang dikomenkan oleh setiap yang menilai.. dan apa yang dinilai adalah logik pada pandangan penilai itu sendiri.. aku tak ingin mengeruhkan mana2 pihak dan mempelbagaikan penceritaan... kerana pada aku, kawanku mempunyai pandangannya tersendiri.. namun melalui penggunaan bahasanya membuatkan penilai lain tidak selesa.. dan aku juga menegaskan sepatutnya TIDAK padanya..
kadang kejujuran kita boleh membibitkan rasa pada manusia lain yang menilainya.. mungkin positif dan negatif juga hasilnya.. kita mencuba untuk menggunakan hak dan kebebasan kita untuk bersuara dan mengetengahkan setiap pandangan dan idea berlandaskan pemikiran kita.. tapi, kita hidup bermasyarakat di dunia.. kadang kita perlu menjaga hati manusia lain juga disekeliling kita..setiap pandangan kita takkan sama dengan logik akal pemikiran manusia yang lain pula..
tidakkah dia sepatutnya di diberi peluang untuk memperbaiki segalanya??? dia hanya manusia biasa.. seperti kita semua.. tak lari dari melakukan silap dan melepaskan kata tanpa semena.. atas tanpa sebarang niat, tapi menyebabkan timbulnya tanda tanya dan persoalan membibitkan marah pada manusia-manusia lain di sekelilingnya....
KAWAN.. jadikan ini sebagai pengajaran.. untuk engkau dan juga diriku.. Aku tahu, tiada niat pada pernyataan hang, tapi kita hanya tinggal setahun sahaja.. aku xnak isu ni, membantutkan segala usaha gigih yang dah dicapai selama ni.. aku xnak orang lain menyalahkan hang walaupun mmg itu bukan niat hang.. orang xboley baca niat kita kawan..
7 months ago
No comments:
Post a Comment