quotes

"Love looks not with the eyes but with the mind....."

January 18, 2011

nak balik sangat2!!!

Assalamualikum...


hurm, kala menulis entry ni.. mood aku xkeruan.. aku tak tau kenapa la aku nak balik sangat2.. kalau xda urusan nak jumpa dengan puan Nazariah besok pagi, kompem2 malam ni jugak aku angkat kaki balik! apa yang penting, kelas esok aku nekad ponteng! sebab aku nak balik sangat2... =(


hari ni, segalanya berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah.. baik2 saja..
aku risau la.. risau tak dapat nak bahagikan antara perkara yang perlu dan tak perlu untuk hidup ini.. aku risau dengan tempoh pengajian yang semakin singkat.. aku risau dengan taipan thesis yang belum nyata.. aku risau dengan bahan2 yang berkurangan.. aku risau dengan segala2nya! aku berulang kali cuba meyakinkan diri aku.. tapi kadang aku kalah dengan mainan perasaan sendiri.. =(


aku nak berjaya.. aku sama dengan manusia lain.. dikurniakan akal yang sempurna..Alhamdulillah.. cuma yang membezakan kami adalah kerajinan dan kemalasan yang dimiliki..dan aku adalah manusia yang tergolong dalam golongan yang sangat malas itu..=(


aku nak balik sangat.. aku tak tahu kenapa aku nak sangat ada  dekat dengan ummi dan abah.. mungkin mereka la semangat au.. dan apa yang aku sedang perjuangkan kini adalah untuk kebahagiaan mereka, dan bukan sekadar untuk memenuhi segala apa yang aku impikan.. ( kala ini tertouching tiba2!) ='(
nak sangat bahagiakan mereka..Aku akan pastikan AKU BOLEH! insyaALLAH..


semester ni sangat busy.. ditambahkan dengan kemalasan yang aku miliki, berganda tertangguh segala urusan.. malas aku bukan apa2.. cuma banyak kepada tidur sahaja! apa ubat nak bagi kurang tidur ek?! ada apa2 suggestion x?! penyakit kronik dah buat aku ni.. tido! tido! tido! badan pon bertambahlah mengembang hendaknya..aiya...


kerja.. ikut pada rasa, malas itu masih berada pada takhta teratas miliknya! ikut pada kata, sayang mahu ditinggalkan setahun kenangan yang telah tercipta..so, aku buat tindakan untuk berbincang sendiri dengan Store manager aku! aku xnak dikata pekerja yang suka buat kepala.. esok2 ada pulak bahasa-bahasa keji mengata " ingat ni restoran bapak kau?!" xpasal lain suasana muncul pula.. seperti yang dikata, semester ini busynya semacam saja.. banyak perkara yang ingin dicuba sebelum kaki ini melangkah meninggalkan Universiti Malaya yang dibangga2... Hope sangat semester ini dapat mencipta moment indah bersama insan2 yang merasakan kewujudan aku masih ada! hope sangat semster ini dapat mengukir sejarah yang luar biasa! aku nak nikmati segala-galanya...


apa yang penting sekarang adalah diri aku dalam membahagikan masa.. menyedari kelemahan dan tahap kemampuan yang ada.. aku xnak yang dikejar xdapat, yang di kendong berciciran.. aku mesti yakin dengan setiap tindakan yang aku lakukan.. teringat kata2 cikgu Sharmala.. Genggam Bara Api biar sampai jadi Abu! kata2 itu lah penyuntik semangat menyebabkan aku berjaya dipersada ini.. dan aku terlalu menghargainya...


aku dah menempuhi segalanya.. aku harus nekad dan terus berusaha! aku boleh sebenarnya.. aku xperlu kalah dengan mainan perasaan yang sebenarnya aku sendiri cipta! aku xboleh kalah dengan emosi yang tak menentu pasang surutnya! aku nak berjaya.. aku mesti berusaha.. aku harus robohkan segala tembok masalah yang tercipa.. kerna aku tak boleh mengalah dengan sikap buruk yang membelenggu aku membuatkan aku lalai dan alpa! aku harus musnahkan segala kemalasan yang aku cipta dari setiap kata2 yang aku sendiri bicara! bicara menghasilkan perbuatan yang nyata! aku mesti kuat! Aku mesti yakin!




Ya, aku yakin! aku pasti boleh...=)
Doakan aku, agar tak mudah beralah dengan segalanya! AKU MESTI BERJAYA! AKU AKAN BERJAYA! tetapkan Niat, kukuhkan Azam! Amin.. InsyaALLAH..

1 comment: